WAHAI PEJUANG KEBENARAN! AMALKANLAH MEMBACA AYAT 5 UNTUK
MENGHANCURKAN SIHIR DAJJAL,OLEH:mustafa afif
Lima ayat sebagai pendinding
DALAM al-Quran, ada lima ayat dalam
beberapa surah yang mengandungi khasiat. Lima ayat itu lebih dikenali sebagai
ayat Nashr, yang bermaksud suatu ayat yang boleh digunakan sebagai penolong
atau pendinding diri.
Mengikut pendapat ulama, ayat lima
itu mempunyai pelbagai faedah termasuk:
Sebagai penolak sebarang kejahatan
manusia, jin, syaitan dan binatang buas.
Sekiranya dibaca di hadapan musuh
atau seteru, insya-Allah akan terjaga daripada sebarang kejahatannya.
Dapat menimbulkan kewibawaan dan
kehebatan diri di depan musuh ketika di medan perang hingga mereka gerun.
Jika dijadikan suatu wirid (amalan
yang berterusan) tiap selesai sembahyang fardu, maka segala hajat yang diingini
akan dikabulkan Allah.
Sesiapa yang membaca selepas Subuh
dan solat Maghrib secara istiqamah akan dikekalkan dalam jawatannya dan
dinaikkan pangkat.
Ayat pertama adalah daripada surah
al-Baqarah ayat 246, yang bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan pengikut
Bani Israil sesudah Nabi Musa iaitu ketika mereka berkata kepada seorang nabi
mereka, “Lantiklah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah
kepemimpinannya) di jalan Allah. Nabi mereka menjawab, “Mengapa kami tidak mahu
berperang di jalan Allah, pada hal kami dihalau dari kampung halaman kami dan
daripada anak kami? Maka tatkala perang itu diwajibkan ke atas mereka, lalu
mereka pun berpaling kecuali beberapa orang saja antara mereka. Dan Allah Maha
Mengetahui ke atas orang yang zalim.” (Allah Maha Berkuasa atas apa yang
dikehendakiNya -3x)
Ayat kedua bermaksud: “Sesungguhnya
Allah mendengar perkataan orang yang mengatakan, “Sesungguhnya Allah miskin dan
kami adalah kaya. Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka
yang membunuh nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Dan Kami akan mengatakan
(kepada mereka), “Rasakanlah oleh kamu azab yang membakar.” (Surah Ali Imran,
ayat 181). [Allah Maha Perkasa tidak memerlukan pembantu-3x]
Ayat ketiga daripada surah an-Nisa,
ayat 77 yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan orang yang dikatakan kepada
mereka, Tahanlah tanganmu (daripada berperang), dirikanlah sembahyang dan
keluarkan zakat.” Setelah diwajibkan ke atas mereka berperang tiba-tiba
sebahagian mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh) seperti mana
ketakutannya kepada Allah, malah lebih daripada itu dalam ketakutannya lalu
mereka berkata, “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tangguhkan (kewajipan berperang)
kepada kami sampai beberapa waktu lagi! Katakanlah, “Kesenangan dunia itu hanya
sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang yang bertakwa dan kamu tidak
akan dianiaya sedikit pun.” [Allah Maha Berkuasa terhadap sesiapa yang melampau
dan ingkar-3x]
Ayat keempat daripada surah
al-Maidah, ayat 77, bermaksud: “Ceritakanlah kepada mereka mengenai kisah
kedua-dua anak Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika
kedua-duanya dipersembahkan korban, maka terimalah (korban) daripada seorang
antara mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia
berkata, “Aku pasti akan membunuh.” Habil berkata, “Sesungguhnya Allah hanya
menerima korban daripada orang yang bertakwa.” [Allah Maha Suci memberi hidayah
kepada sesiapa yang dikendakiNya-3x]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan